Penyembelihan secara HALAL dikutuk penduduk Eropah

Sekali lagi. Islamophobia menjadi isu kepada rakyat British, selepas isu pemakaian purdah dan tudung, penyembelihan cara Islam dipersoalkan di sana. Mereka mengatakan bahawa kaedah penyembelihan secara Islam di sana tidak praktikal dan sangat KEJAM terhadap haiwan.

Isu HALAL di Harrow,Middlesex UK.

  1. Pihak berkuasa Harrow telah meluluskan untuk mebekalkan daging halal kepada 52 sekolah rendah dan 10 sekolah menengah di sana.
  2. Harrow merupakan kawasan pertama di Britain menggalakkan pemakanan daging halal.
  3. Pakar pemakanan di Harrow menyarankan kaedah itu bagi mengelakkan kesusahan dalam mengasingkan daging halal dan non-halal.
  4. Ibu-bapa di Harrow menentang sekeras-kerasnya penggunaan daging halal dalam kehidupan seharian mereka dengan alasan bahawa binatang yang disembelih mengikut cara Islam adalah KEJAM.

Susulan dengan itu, majoriti penduduk Harrow tiada pilihan selain memakan daging yang halal. Dan ini menyebabkan mereka kurang senang dengan keputusan pihak berkuasa Harrow mengenai isu daging halal ini. Sambung baca weyh!

Filed under: Islam, , ,

6666 Adalah Kepercayaan Karut Tentang Jumlah Ayat Al-Quran

6666 adalah simbolik yang diberikan kepada orang Melayu tentang jumlah ayat di dalam al-Quran. Dan seringkali juga kita mendapat email tentang kebenaran al-Quran dan di dalamnya terkandung “fakta” yang memberitahu jumlah ayat di dalam al-Quran adalah 6666. Nombor 6666 ini diibaratkan seperti satu nombor magis. Ia dikatakan dapat memberi tuah di dalam hidup seperti yang dipercayai dalam amalan orang Melayu.

Betul ke ayat al-Quran berjumlah 6666? Sambung baca weyh!

Filed under: Islam, ,

Harga Minyak naik, jadi apa masalahnya?

Selepas tragedi kenaikan minyak sebanyak RM 0.70 seliter beberapa tahun yang lalu, kerajaan sekali lagi menaikkan harga minyak sebanyak RM 0.05 seliter. Harga asal seliter minyak RON 95 menjadi RM 1.85 berbanding RM 1.80 sebelumnya. Lebih senang untuk ditafsirkan, kenaikan harga barang-barang keperluan secara berhemah oleh kerajaan ini lebih senang untuk diterima berbanding kenaikan mendadak oleh kerajaan pimpinan Pak Lah 2 tahun lepas. Berikut adalah senarai harga baru untuk lima barang keperluan di Malaysia:

Sambung baca weyh!

Filed under: Perjalanan Hidup, Semasa, , ,

Isteri Curang dan dot dot dot

Wah! Isu ni memang market dalam tabloid-tabloid di Malaysia sekarang ni. Asal ada je isu kecurangan dalam rumah tangga, tak kisahla rumah tangga artis ke, orang biasa ke, sure ada dalam tabloid. Hahaha. Memang memeranjatkanla jugak. Dulu, institusi keluarga di Malaysia ni takla seampuh sekarang ni. Suami isteri dulu memang bersungguh dalam mempertahankan kebahagiaan rumah tangga diorang, walaupun ada jugak isu-isu cerai berai laki bini, tapi tidaklah sedahsyat sekarang ni. Bagi anda yang suka membaca akhbar harian seperti Utusan, Berita Harian, NST atau The Star, isu-isu curang atau lebih kepada isu seks ini memang kurang. Cuma akhbar seperti Harian Metro dan tabloid-tabloid yang lain yang peka dengan isu kecurangan, isteri terlampau dan lain-lain topik yang berkaitan.

Hahaha. Kat sini aku nak listkan antara berita-berita curang yang memang panas hati bila baca. Sambung baca weyh!

Filed under: Perjalanan Hidup, Semasa, , , , , , , , ,

Kisah Samy yang semakin hilang “Value”nya

Samy Vellu yang di gelar Semi Value oleh segelintir masyarakat Malaysia


Samy Vellu. Ada orang tak kenal ke dengan nama ni? Dulu, waktu aku kecik-kecik, ada sorang mamat india ni, kitorang panggil dia Vellu. Disebabkan Vellu ini mempunyai rupa paras yg agak menakutkan, maka adalah cerita dongengan rekaan kanak-kanak di Port Dickson yang menyatakan bahawa Vellu ini adalah seorang kanibal dan mempunyai hobi menculik kanak-kanak. Dengan hadirnya dongeng Vellu itu, maka kanak-kanak semakin berhati-hati ketika keluar rumah dan segera berlari jika ternampak Vellu tersebut. Tapi, itu dulu. Vellu. Orang yang menakutkan kanak-kanak. Bagaimana pula dengan Samy Vellu? Yes, i’m talking about DATUK SERI SAMY VELLU, THE PRESIDENT OF MIC. Harap-harap korang kenal la ye. Hahaha. Sambung baca weyh!

Filed under: Perjalanan Hidup, Semasa, , , , , , , , , ,

Negeri Sembilan Kecundang di Paroi

22 Mei 2010. Aku buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Hahaha. Selama hampir 22 tahun aku hidup, akhirnya aku layak mengaku diriku sebagai salah seorang penyokong setia Pasukan Bola Sepak Negeri Sembilan dengan hanya bertandang ke Stadium keramat tersebut. (Boleh ke?) Sambung baca weyh!

Filed under: Perjalanan Hidup, Seronok-Seronok, , , , ,

Wayne Rooney berjambang dalam iklan terbaru Nike

Memang style iklan Nike ni. Berbaloi la download. Hahaha. Memang kelakar tengok Wayne Rooney berjambang. Wakakaka.Jom tengok sama-sama.

Adoi. Asyik tengok pemain-pemain luar negara je dalam iklan besar-besar macamni. Malaysia pun dapat tajaan Nike apa. Come on Malaysia, nanti harap-harap dapatlah tengok pemain Malaysia dalam iklan-iklan besar Nike macamni.
=)

Filed under: Perjalanan Hidup, Seronok-Seronok, , ,

Kelibat Fernando Verdasco di Kejohanan MASUM 2010

“Saya akan menang MASUM tahun ni” kata Verdasco

Yeah.! KejohananMASUM 2010 fasa 1 yang bertempat di UiTM Arau, Perlis sudah pun sampai ke kemuncaknya hari ini. Memang menarik bila kita menyertai event yang bertaraf kebangsaan, aku selaku penuntut di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia atau acronym nya adalah UTHM, telah berjaya melayakkan diri sebagai wakil universiti ke temasya sukan antara IPTA yang masyhur itu. Hahaha. Agak poyo ayat aku disitu. =P

Kejohanan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) 2010 adalah event pertama aku dalam arena sukan universiti. Hahaha. Dah nak abes belajar,baru la dapat wakil U, better la daripada tak pernah wakil langsung. Hehehe. Apa yang aku cari pada kejohanan MASUM 2010 ini adalah pengalaman dan kenalan daripada IPTA yang lain. Selama hampir genap setahun penglibatan aku dalam sukan Tenis, inilah perlawanan kompetitif pertama aku. Berbekalkan segala pengamatan aku selaku peminat tennis dan training yang aku lalui, aku tiada keyakinan langsung untuk menang. Hahaha. Yelah,training 2 minggu dengan ketidakhadiran coach, adakah anda yakin anda boleh menang? Lu fikirlah sendiri. Wakaka! Sambung baca weyh!

Filed under: Perjalanan Hidup, Tennis, , , , , ,

Red Tube Malaysia dan You tube di Nokia E71

Whoa! Kagum! Gembira! Dan seronok selepas aku dapat tau yang Handphone kesayangan aku ni boleh streaming! Hahaha! Masa mula-mula dapat Nokie E71 ni daripada bapak aku hampir dua tahun yang lepas, aku just guna Nokia E71 ni untuk mesej,call,alarm and wifi je. Dan pada waktu tu, Youtube tak boleh lagi tengok kat phone E71 ni..sebab untuk streaming, aku pergi ke laman web Youtube dia tulis memang tak boleh nak streaming kat phone E71 ni. So,aku agak hampa sebab waktu aku dapat E71 ni, Nokia memang tengah hangat mempromosikan model E-series ni. Aku berimiginasi Nokie E71 ni setandingla dengan BlackBerry sebab bentuk dan qwerty pad dia pun hampir sama. Hahahaha. Ternyata pada waktu itu,ia hanya imiginasi. Sambung baca weyh!

Filed under: Seronok-Seronok, , , ,

Apa itu Avatar dan Bagaimana Mahu mempunyai Avatar Sendiri?

YeeHooo! I’m back! Hahaha.. Lama giler rasa tak update blog ni. Dah jadi macam ape tah. Banyak pulak Spam! Cilakak! Huhuhu. So, takpelah. Elok jugak ada spam ni,rasa macam ramai orang yang bagi komen kat aku. Hahahaha. Okeh. Now, aku nak kongsi macamana korang jugak boleh ada Avatar sendiri! Phew! Cool rite! Tapi bukanlah puak naa’vi dalam movie Avatar tu. Hehe. Sambung baca weyh!

Filed under: Blogging tips, , , , ,